Isnin, 21 Mei 2007

Tugasan 2


Bina 5 ayat berdasarkan gambar di atas.

Sabtu, 19 Mei 2007

MAKNA PERKATAAN

1. VIRUS - KUMAN HALUS
2. STASTISTIK - PERANGKAAN
3. MISTERI - SESUATU YANG TIDAK DIFAHAMI
4. JENAZAH - MAYAT
5. ALAF - SERIBU
6. WABAK - HAWAR, PENYAKIT PENYAKIT

PERIBAHASA PEPATAH

Biar putih tulang, jangan putih mata
Makna:lebih baik mati daripada menanggung malu

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Makna:hendaklah kita menurut adat dan aturan yang tempat kita diami

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Makna:selalu waspada dan hati-hati

Diluar bagai madu, di dalam bagai hempedu
Makna:lahirnya baik, batinnya jahat

Kalah jadi abu, menang jadi arang
Makna:kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Makna:ingin mendapat sebanyak-banyaknya; berbesar hati

Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Makna:orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan

Lembu punya susu, sapi dapat nama
Makna:orang lain yang berusaha, orang lain yang dapat pujian

Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih
Makna:mencela orang tapi diri sendiri yang lebih buruk lagi

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Makna:terhindar daripada suatu kemalangan, mendapat kemalangan lain yang lebih teruk pula

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Makna:tiap-tiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan sendiri

PERIBAHASA PERUMPAMAAN

Bagai ayam dimakan tungau
Makna:orang yang kurus dan pucat kerana berpenyakit

Bagai dakwat dengan kertas
Makna:sangat akrab

Bagai duri dalam daging
Makna:sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati

Bagai lebah menghimpun madu
Makna:sangat rajin

Bagai limau masam sebelah
Makna:hukuman atau pertimbangan yang kurang adil

Laksana garam dengan asam
Makna:kalau sudah ada jodoh akan ketemu jua berapa pun jauhnya

Laksana wau melawan angin
Makna:membuat pekerjaan yang mungkin tidak terkerjakan

Seperti duduk dalam duri
Makna:dalam keadaan yang sangat gelisah

Separti gagak pulang ke benua
Makna:tidak berubah keadaannya walaupun sudah merantau

Seperti kera mendapat bunga
Makna:seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

Bagai air titik ke batu
Makna:amat sukar untuk memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil

KATA MAJMUK

(yang dieja secara bercantum)


adakala

antarabangsa

apabila

apahal

bagaimana

barangkali

beritahu

bumiputera

darihal

daripada

dinihari

dukacita

hulubalang

jawatankuasa

kadangkala

kakitangan

kepada

kerjasama

manakala

matahari

olahraga

padahal

peribadi

peribahasa

perikemanusiaan

pesuruhjaya

sediakala

senjakala

sepertimana

setiausaha

sukacita

suruhanjaya

tandatangan

tanggungjawab

warganegara

ubahsuai

sukarela


Panitia Bahasa Melayu SK Sungai Tuang 2007.

NILAI-NILAI MURNI

1 Baik hati
Belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham-memahami, dan saling bermaafan.

2 Berdikari
Berupaya bertindak sendiri dan yakin pada diri sendiri.

3 Hemah tinggi
Kesopanan, mengakui kesalahan diri dan ramah mesra.

4 Hormat
Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga, hormat kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin.

5 Kasih-sayang
Sayangkan diri dan orang lain, sayangkan alam sekeliling, dan cintakan negara.

6 Keadilan
Adil dan saksama.

7 Kebebasan
Kebebasan di sisi undang-undang.

8 Keberanian
Berani mencuba dan berani kerana benar.

9 Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan diri, persekitaran, dan mental

10 Kejujuran
Amanah, bercakap benar, dan ikhlas.

11 Kerajinan
Berdaya usaha dan berdedikasi.

12 Kerjasama
Gotong-royong, toleransi, dan perpaduan.

13 Kesederhanaan
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana, dan sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri kepentingan orang lain.

14 Kesyukuran
Berterima kasih dan menghargai kebijaksanaan, pengalaman,
dan jasa.

15 Rasional
Membuat pertimbangan.

16 Semangat bermasyarakat
Permuafakatan, kejiranan, dan peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.


Panitia Bahasa Melayu SK Sungai Tuang 2007.

Jumaat, 18 Mei 2007

Tugasan 1-Membina ulasan

Bina ulasan berdasarkan puisi di bawah:


Renungkanlah,
Kegagalan bukan bererti mati,
Kita insan bernyawa,
Selagi jantung berdenyut,
Kehidupan perlu diteruskan.

Kejayaan,
Kecemerlangan,
Bebas,
Luas digapai.

Bukan wang jadi ukuran,
Bukan budi jadi sempadan,
Cekal, tabah,
Disambut kegigihan,
Mencapai puncak kejayaan.

Tiada kata putus asa tersembur,
Tiada coretan noktah,
Tiada ukiran sumbing dicipta,
Tiada tarian sumbang,
Segalanya pasti terhasil.